Kolej Unifield - Penerangan Lanjut
Assalamualalaikum dan Salam Sejahtera,
Rakan-rakan yang saya hormati.
Saya telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kolej saya iaitu Kolej Antarabangsa Unifield atau Unifield International College (UIC) . Untuk makluman saya telah berada di kolej ini selama 3 tahun bermula 2012 dan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Teknologi (Kursus Kerjasama UTM). Disini saya akan menghuraikan lebih lanjut berkaitan kolej ini berdasarkan pengalaman saya dan sumber yang sahih dan tepat untuk makluman anda.
LATAR BELAKANG.
UIC merupakan sebuah IPTS yang menawarkan pelbagai kursus termasuk kursus kerjasama dengan UiTM dan UTM. Ditubuhkan pada 1997, pada asalnya ia dikenali sebagai Institut Yayasan Alor Gajah dan beroperasi di Wisma UMNO,Alor Gajah. Pada 2002, ia ditukar nama ke Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah. Pada 2009 ia telah diambil alih oleh KN Education. Sdn. Bhd.
Kemudian ia ditukar nama sekali lagi kepada Unifield Technology College pada 2011 dengan kelulusan pertukaran nama dari Kementerian Pengajian Tinggi (kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan) . Pada 2013 Unifield ditransformasi menjadi Unifield International College.
Pelajar di tempatkan dalam kawasan kolej dalam 1 Menara. Terdapat 4 Menara, tetapi setiap 1 menara diasingkan Lelaki dan Wanita. Setiap menara juga di tempatkan dengan parking dan kelas. Ini bermakna tingkat atas adalah rumah,tingkat bawah kelas. Pelajar tidak perlu keluar jauh untuk ke kelas dan pejabat kerana segala urusan juga didalam kawasan yang sama.
Terdapat pelbagai kemudahan di dalam kawasan kolej dan A'Famosa antaranya pengangkutan ke Mesin ATM Maybank dan CIMB, Water World, dan Bus Stop untuk menggunakan bas Transnasional melalui Banana Truck, Mini Mart, Dobi layan diri, surau, cafe, gelanggang futsal, perpustakaan, Makmal Komputer, dan kolam renang.
KEMUDAHAN DAN PERHUBUNGAN.
UIC terletak di dalam Pusat Percutian A' Famosa Resort di Alor Gajah,Melaka dengan keluasan 520 hektar. Ia berdekatan dengan bandar-bandar seperti Tampin,Negeri Sembilan (12km), Alor Gajah (12Km) dan Bandaraya Melaka (32 Km). Untuk ke UIC, ia dihubungkan melalui Lebuhraya Plus (Simpang Ampat),Lebuh AMJ, Pengangkutan Rel (KTMB Pulau Sebang/Tampin),Teksi dan Bas (Transnasional- Tampin, Alor Gajah dan A'Famosa Resort) . UIC dapat dilihat di tepi Lebuhraya PLUS menuju ke selatan.
Kemudahan yang boleh diperoleh di Tampin seperti pusat perbankan dan perkhidmatan iaitu Easy RHB, Public Bank, BSN, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank, Maybank, CIMB, Pos Malaysia, Tabung Haji, TM Point, Polis, dan Hospital & Klinik milik kerajaan dan swasta. Terdapat juga Hypermarket seperti Tampin Shopping, Giant, The Store, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Mydin(dijangka siap 2016). Insyaallah difahamkan Stesen KTMB akan menambah perkhidmatan komuter dan kereta api laju KL-Singapura.
Bagi yang ingin mencari duit saku tambahan, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada di A Famosa dan bandar berdekatan.
PEMBELAJARAN @ UIC.
Secara keseluruhan, cara pembelajaran dan pengajaran adalah sama seperti di kolej atau universiti yang lain. Bagi saya, jika tidak atau sukar fahami apa yang pensyarah ajarkan perlulah bertemu pensyarah tersebut untuk menerangkan kembali.
Kebiasaanya setiap subjek ditawarkan Carry Mark sebanyak 40% untuk dibawa ke Peperiksaan Akhir, antaranya Assignment 5%, Kehadiran ke kelas 5%, Presentation 10%, Test 1 10% dan Test 2 10%. (Tertakluk kepada perubahan)
Selain itu, bagi Diploma dibawah UTM ditawarkan Semester Pendek (Short Sem). Short sem dapat memudahkan anda untuk mempercepatkan pengajian anda dengan segera. Hanya 5 jam kredit sahaja dibenarkan untuk ambil.
Contohnya, anda mengambil 30 Subjek untuk 1 Diploma atau 5 Subjek setiap 1 Sem selama 3 Tahun. Maka Jika anda mengambil short sem sebanyak 3 kali dengan 2 subjek, anda dapat menjimatkan dan menghabiskan pengajian dalam masa 2.5 Tahun.
Untuk pengetahuan anda, Short sem perlu perbelanjaan sendiri dan tidak ditaja PTPTN. Ia dijalankan setiap kali cuti semester selama 2 bulan sahaja.
Ketika belajar pastikan anda 'tidak main-main" . Jaga pointer anda setiap sem dan "jangan jatuh" hingga mendapat 2.00 ke bawah keranan risikonya anda tidak mendapat pembiayaan PTPTN dan terpaksa menbayar yuran tersebut.
Memetik kata abang Shahrul Faizie yang pernah saya temubual beliau april lalu, "First sekali jangan ponteng kelas, kalau ponteng klas kena jumpa guru/kawan minta ajar balik..dan kene ingat perlu hormati guru kerana guru ada keberkatan" (Baca lagi disini)
![Tower 2](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_6c78778f945c438a81f4f3bc51c73315.jpg/v1/fill/w_600,h_800,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_6c78778f945c438a81f4f3bc51c73315.jpg)
Tower 1 menempatkan Surau, Kedai Buku,
Kelas, Parking dan Kediaman Pelajar,
KADAR BAYARAN.
Seperti di Universiti Swasta lain, kadar ditawarkan mencecah puluhan ribu ringgit untuk 1 kursus. Saya tidak boleh kongsikan harga ditawarkan. Tetapi jika ingin mendapat maklumat lanjut harga ditawarkan, sila berhubung melalui kolej. Apapun anda tidak perlu khuatir kerana terdapat kemudahan PTPTN, Potongan KWSP dan lain-lain. Ini sekaligus mengurangkan bebanan kewangan keluarga.
DAKWAAN "KOLEJ TIPU".
Saya di fahamkan terdapat 1 posting berhubung kecaman dari seorang Perunding Akademik (P.A) terhadap seorang pelajar baru. Ia berpunca dari sikap tidak professional dari P.A sehingga menghina pelajar terbabit secara keterlaluan yang menyebabkan keluarga pelajar kurang senang dan selesa. Saya nasihatkan agar anda perlu mencari lebih tambahan maklumat dan mempercayai P.A hanya 30%- 38%. Ini kerana sebilangan P.A hanya mahu mengumpan dan menceritakan "indah khabar dari rupa" hanya untuk mengejar elaun yang ditawarkan. Akibanya, berlaku perselisihan faham atas dari sikap P.A yang tidak amanah.
PENUTUP
Saya berharap agar anda dapat membuat pilihan yang bijak dalam memilih universiti yang menawarkan kursus untuk masa hadapan anda. Saya ingin berkongsi beberapa tips sebagai panduan anda.
1. Dapatkan pandangan dan nasihat ahli kauselor dalam memilih kursus ditawarkan mengikut jiwa dan minat anda.
2. Pastikan dan semak kursus ditawarkan mendapat pengesahan tertinggi yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia seperti MQA dan Kementerian Pendidikan.
3.Siasat sehabis-habisnya dan bandingkan dengan lebih terperinci sesebuah universiti dari segi kadar yuran, kemudahan pembiayaan(PTPTN) dan lain-lain perkara perlu.
4. Jadikan universiti awam atau IPTA sebagai keutamaan utama dahulu sebelum memilih IPTS. IPTS adalah tempat terakhir jika anda tidak mendapat tempat di IPTA.
5. Pastikan ia mempunyai pelbagai kemudahan untuk diakses misalnya Pengangkutan Awam, Talian Perhubungan .
6. Lawatilah universiti tersebut untuk melihat sendiri dan dapatkan pertanyaan lanjut dari Pegawai dan Pelajar universiti tersebut.
Secara ringkas, ia tiada apa-apa masalah. Mungkin ada sedikit sahaja namun tidak menjejaskan pengajian anda.
Sebelum mengakhiri posting ini, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak dibayar atau menerima paksaan oleh mana-mana pihak secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan posting ini.
Sekali lagi, saya menghuraikan lebih lanjut berkaitan kolej ini berdasarkan pengalaman saya dan sumber yang sahih dan tepat untuk makluman anda.
Sekian, saya doakan anda sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi. Selamat Datang ke Alam Pengajian Tinggi. Belajar rajn-rajin, moga tercapai mendapat segulung diploma. Amin.
Salam Hormat dan Salam 1Malaysia,
MASAZ.
25 Jun 2015.