Kenangan di Kota JB
![11179789_969865513047640_751834500_o.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_6fed11750d0845368850ca6a357c4171.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/be27b3_6fed11750d0845368850ca6a357c4171.jpg)
Peluang dapat berada diatas pentas suatu kenangan yang tak dapat dilupakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rakan-rakan yang saya hormati...
1.Minggu lepas 23 April 2015 saya dan kawan saya, Shadam dan Bob (mereka berdua orang Johor) telah melawat Johor Bahru.Ternyata bandar JB ini sungguh mengagumkan...manakan tidak,setiap ciri jalan,bangunan dan infrastruktur lengkap seakan saya berada di Kuala Lumpur. Malamnya kawasan bandar "tidak mati" dan cukup meriah .
2.Dihari pertama lawatan saya, Sebelum saya hadir ke Program Malam Cinta Rasul(MCR) , Saya sempat melawat Padang Latihan Pemain JDT yang terletak di kawasan Dataran Bandaraya JB.Ternyata padang dan reka bentuknya seakan di kelab eropah. Tidak dilupakan, steamboat juga dijual dalam bentuk karavan di kawasan tersebut. Pertama kali saya melihat dan merasai "chakoy" dan tauhu bakar dimakan bersama kuah rojak.
![11179997_969866516380873_657487548_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_a079cac716d24682827a14c397dd3982.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_a079cac716d24682827a14c397dd3982.jpg)
Steamboat dikawasan Dataran JB ( Berhampiran KFC )
![11185677_969866556380869_1293574766_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_372bcc13dd824dce8712a6ba5e5261fb.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_372bcc13dd824dce8712a6ba5e5261fb.jpg)
![11185686_969866566380868_1687876037_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_e474aa3fa2114c9f8026ffd6f1faccc1.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_e474aa3fa2114c9f8026ffd6f1faccc1.jpg)
Padang latihan pemain JDT.
3. Di sebelah malamnya,saya menghadiri MCR di kawasan yang sama. Kebiasaanya saya berada di bawah, tetapi abang Shahrul Faizie dan produksi memberi peluang untuk saya dan Shadam berada diatas pentas. Alhamdulillah peluang yang tidak akan dilepaskan sekaligus memberi kenangan buat kami.
4. Di atas pentas, perasaan nervous mula muncul takkala melihat camera dan dengan keberangkatan Tunku Temenggong Johor.yelah pertama kali di atas pentas. Malah 15 minit pertama berqasidah,tangan saya menggigil. Tapi saya "still control macho" . Biarpun mic di offkan,saya still berqasidah dan buat seakan tak tahu. hehe..
5. Dalam mengurangkan nervous ketika di atas pentas,saya melihat gelagat orang,terutama gelagat producer abang ali (kalau tak silap). Paling tak dapat dilupakan, beliau menyorok dibelakang saya dan adik-adik dari Kumpulan Warisan Kasih bagi mengelak camera dari merakam pergerakan beliau..pergerakannya seakan Spy.
![IMG_9817.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_5dd72580b4e14250a1eb071dfa676710.jpg/v1/fill/w_960,h_960,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_5dd72580b4e14250a1eb071dfa676710.jpg)
![11185677_969866556380869_1293574766_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_4dfb53c6f2ca49faaa89ab1ef9a42b46.jpg/v1/fill/w_960,h_717,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_4dfb53c6f2ca49faaa89ab1ef9a42b46.jpg)
Keberangkatan Tiba Tunku Temenggong Johor.
6. Selesai MCR, abg Faizie dan kawannya bawa kami lepak makan di restoran yang cukup terkenal di JB.Saya dah lupa apa nama kedai tu tapi banyak hidangan yg disediakan. Soup Hot n Spicy, Kebab, Western Food, semua ada. Alhamdulillah tokey kedai belanja kami semua. Moga-moga murah rezeki beliau..
HARI KEDUA.
7. Pagi subuh,abang Faizie terpaksa gerak awal ke KL kerana isteri beliau berada di hostipal untuk melahirkan anak yang kedua. Semalamnya, abang Faizie mula risau akan keadaan isteri beliau. Manakan tidak,terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bertugas berkhidmat utk penonton dan tv.
8. Perjalan teruskan menuju ke Stadium Larkin.Stadium rasmi pasukan JDT. Ternyata mengagumkan bila melihat secara live apatah lagi melihat padangnya dari jauh.
9. Selesai melawat,saya menikmati sarapan pagi di Warong Memanah (memang nama sebenar) ,tidak jauh dari stadium. Shadam beritahu warong tersebut milik pelakon terkenal, Nazmi Omar. Nasi Lemak & Kuih muih memang best sambil melihat gelagat adik-adik memanah.
10.Dalam keenakkan menikmati , Shadam memberitahu saya isteri abang Faizie selamat melahirkan dan beliau tag kami di fb. Syukur Alhamdulillah.Tahniah kami ucapkan.
![28Slide9-540x403.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_0f72ad549a41476e8990d4bf4f6f7d29.jpg/v1/fill/w_480,h_480,al_c,q_80,enc_auto/be27b3_0f72ad549a41476e8990d4bf4f6f7d29.jpg)
11. Seterusnya, saya melawat Istana Bukit Sereh dan Istana Besar @ Muzium Sultan Abu Bakar. Tujuannya,saya ingin melihat sendiri istana yang digunakan ketika Hari Kemahkotaan pada 23 Mac lalu.Seni binanya cukup mengkagumkan.
![11160526_969866253047566_1173371544_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_7c5938d2f5584d76b4cacd6c48dc120c.jpg/v1/fill/w_720,h_960,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_7c5938d2f5584d76b4cacd6c48dc120c.jpg)
Istana Bukit Sereh.
12. Selesai melawat, kami berehat seketika dan menunaikan solat jumaat di Masjid Abu Bakar sebelum menghantar pulang Shadam ke Kota Tinggi dan Bob ke Batu Pahat. Ketika di masjid ini,saya terserempak dengan Bekas Mufti Johor yang cukup terkenal dan saya minati, S.S Datuk Noh Gadut. Tanpa mengguna pemandu peribadi, beliau drive sendiri ke masjid.
![11173419_969866099714248_1943669786_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_2da7e01b34c44cc5afefe39c8f38fa36.jpg/v1/fill/w_960,h_960,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_2da7e01b34c44cc5afefe39c8f38fa36.jpg)
13. Sebelum menghantar Bob pulang, beliau bawa saya menikmati putu bambu yang istimewa dan popular di Johor. Putu Bambu Juriah Ayer Hitam.
![IMG_9821.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_7ca45fd5e73647b7bafc13137de34947.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_7ca45fd5e73647b7bafc13137de34947.jpg)