top of page

Terima Kasih!


IMG_9817.jpg

Disini saya mendapat pendidikan tinggi.Terletak di kawasan A'Famosa Resort.

(Sumber foto ; Google)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sahabat yang saya kasihi..

1.Minggu lepas ramai rakan-rakan telah mula meninggalkan kolej yang saya duduki..kesunyian telah pun bermula kira 2-3 hari sebelum peperiksaan subjek law lagi..namun ia bertambah sunyi lagi dengan rakan-rakan yang se-bacth dan se-sem bersama turut akan meningglakan kolej ini. Manakan tidak, kamilah yang selalu meriuhkan suasana kolej yang selalunya krik krik setiap kali benda yang kecil berlaku. Misalnya bola.

2.Mahu tidak mahu mereka harus "dilepas secara rela" kerana perjuangan yang terseksa telah berjaya dan mereka perlu menghadapi final stage untuk menjadi juara iaitu dengan mendapat segulung diploma. Caranya dengan melakukan praktikal.

3.Pastinya sahabat saya tersangat gembila bila mereka ingin praktikal. Namun sebelum melangkah keluar, hati pasti tersentuh tak kala mengenang pahit manis di tempat dia belajar, tempat dia bertemu kawannya dan tempat bertemu gurunya.

4.Seorang sahabat saya terasa terkilan dengan saya dan seorang lagi sahabat yang menemani saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang menghantar beliau ke Kuala Lumpur, beliau meluahkan isi hatinya dengan nada yang lemah dan sayu kepada kami. Manakan tidak, masuk pada tahun yang sama,belajar bersama tetapi sayang haluan berlainan.Terpaksa berpisah meninggalkan rakannya yg sedang "cuba keluar dari zon kurungan yang penuh keseksaan" dan ingin sama macam kawannya juga..

5.Tiba di hentian terakhir, berlakulah "perakhiran pertemuan". Sahabat saya tersentuh bila mengucapkan "Terima Kasih Menjadi Kawan Aku". Melihat wajah mereka, mereka menahan diri dari menangis sebaliknya terus gagah berkata.

6.Bagi saya, kita patut terima kerana inilah sebuah perjuangan. Berpisah tidak bermakna berpisah selama lamanya, tapi berpisah secara seketika. Jika ingin menjadi seperti dia,perlu berusaha..Mana tahu jika diizikan Allah SWT,mungkin berkonvo bersama.Jika tidak ditakdir begitu,kawan tersebut akan datang juga meraikan konvo kita, ataupun datang ke rumah mahupun melaui call dan facebook mengucap tahniah. Jangan dirisaukan kerana kawan akan sentiasa mengingati kita walau apa cara sakalipun dan tidak akan melupakan kita.

7.Mengakhiri bicara saya, saya ingin ucapkan Semoga berjaya dalam menghadapi praktikal ini. Buatlah dengan betul-betul dan sentiasa kekalkan budaya hormat dalam pekerjaan kerana anda berkhidmat dalam sebuah organisasi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi sahabat saya selama 3 tahun. Pelbagai suka duka kita telah harungi. Dari tidak mengenali kepada lebih mengenali. Rajin-rajinlah bertanya khabar. Insya Allah, kita akan bertemu lagi.

P/S : Ketika saya menulis blog ini, saya sedang menikmati secawan kopi, Garlic Bread dan spagerti sambil menahan kesedihan. Sambil itu juga melihat ragam orang membiar anak di tepi tasik dan raptai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung minggu ini.

Salam Hormat,

MASAZ 22/4/2015 KLCC.


Search By Tags
Featured Posts
Recent Posts
bottom of page