Mengenali orang berjaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. . .
Alhamdulillah semalam saya bersama sahabat Shadam & Aizan menghadiri Malam Cinta Rasul(MCR) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Paya Rumput,Masjid Tanah. Dikesempatan ini saya bertemu abang Shahrul Faizie Zaini yang mengacarakan live program ini dan rancangan2 lain seperti Assalamualaikum dan Isu Akidah. .
Pertemuan kami tidaklah kekok mahupun segan kerana kami selalu brtemu setiap kali MCR. Banyak yang disembangkan hinggalah abang Faizie mengajak kami untuk lepak di kedai makan di Tg Bidara. Dari kisah pengacaraan hinggalah isu2 semasa semua kami cerita bersama. Malahan kami juga mendapat tunjuk ajar, iaitu haluan selepas kami mendapat segulung diploma.
Ada banyak yang beliau kongsikan dan tips-tips yang berguna dan saya kongsikan kepada anda dalam posting ini.
!["Selfie" sebelum on air.](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_abcee4a4af464ec29b6d1bd4798d2706.jpg/v1/fill/w_960,h_960,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_abcee4a4af464ec29b6d1bd4798d2706.jpg)
"Selfie" sebelum on air.
1.Bagaimana cara abang belajar dulu?
First sekali jangan ponteng kelas, kalau ponteng klas kena jumpa guru/kawan minta ajar balik..dan kene ingat perlu hormati guru kerana guru ada keberkatan.. . . Second, tetapkan matlamat utk berjaya...rajin dan berusaha dalam belajar,yang penting skor mendapat pointer tertinggi. . .
2. Sebelum shooting & on air, apa yg abang lakukan dulu?
Datang awal n buat persiapan rapi dan secukup...buat beberapa latihan sebab kita kena buat penonton terasa terhibur dan selesa dalam rancangan
3. Abang pernah kendali banyak lokasi dalam MCR dan rancangan-rancangan lain. Dan sy rasa penonton paling banyak di Selawat Perdana 2014 di Putrajaya. Terasa nervous tak dalam lautan manusia tu?
Tak...buat don't know jerr...masa kendalikan sesebuah program, kita kena ada keyakinkan diri ...apatah lagi mengacara dalam rancangan yang dihadiri tetamu VVIP dan ramai penonton disekeliling kita...
.............................................................................................................................................
![IMG_9821.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_857333413e7c4f02aca5911b0383b684.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/be27b3_857333413e7c4f02aca5911b0383b684.jpg)
![IMG_9817.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_e7c27a7a6b214372896f6c66aadd2dfc.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/be27b3_e7c27a7a6b214372896f6c66aadd2dfc.jpg)
Sebelum kami pulang,kami sempat ambil foto kenangan dulu. Apapun kami mengucapkan terima kasih pada abang Shahrul kerana sudi berkongsi ilmu dan belanja kami makan. Ini merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Salam Hormat,
MASAZ 14/4/15