top of page

Ahmad Maslan "mengajar" pelajar untuk berjimat.


28Slide9-540x403.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rakan-rakan yang saya hormati..

1.Hari ini bertebaran kenyataan yang terbaru dari Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Ahmad Maslan yang dilihat "tak habis telan" Coklat Mindanya.

2.Ramai rakan-rakan yang sedang menuntut di IPT menyebarkan screenshots ini yang menggelarkan beliau seorang yang "bengong".

3.Saya bukan nak back up sangat beliau ni sebab dah tertipu dengan kata-kata "indah khabar dari rupa". Tapi saya memahami apa yang ingin disampaikan.

4.Saya petik dari Portal The Malaysia Insider

,kisahnya berlaku hari ini(11April) di UiTM Shah Alam dimana beliau mengadakan taklimat mengenai GST.Saya malas nak cerita apa yang berlaku pada taklimat ini dan ingin fokuskan apa yang beliau katakan.

5.Beliau mungkin mengatakan bahawa pelajar seharusnya masak dari rumah daripada makan terlalu gah di kfc , subway mahupun Pizza Hut.

6.Secara realiti, barangan yang masak dari rumah tidak dikenakan GST. Misalnya , ikan , sayuran, buah-buahan,minyak masak dan lain-lain lagi yang sifar (0%) GST.

7.Jadi apa salahnya kalau masak dari rumah? Tidak salah malah lebih menjimatkan dan menyihatkan.Melainkan jika anda seorang yang malas masak.

8.Pilihlah tempat yang menawarkan harga yang menarik dan berpatutan.Jangan malu mahupun kekok untuk muncul di pasar tani atau pasar basah.Jangan risau, tidak terkena sumpahan hilang macho,malah wanita akan respect anda. Saya sendiri boleh turun ke pasar tani dan pasar basah hinggalah ke kampung nelayan seperti umbai dan kuala sungai baru untuk mendapatkan makanan laut yang saya inginkan.

9.Oleh itu , belajarlah berjimat dari sekarang sebelum melalak.Insyaallah dilain posting,saya akan cerita bagaimana saya boleh menjadi "pakar" dalam masakan.

Sekian,Salam Hormat.

MASAZ 11/4/15


Search By Tags
Featured Posts
Recent Posts
bottom of page