Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan
![28Slide9-540x403.jpg](https://static.wixstatic.com/media/be27b3_34c90fbc70034ae6851eca4cb99a9496.jpg/v1/fill/w_960,h_540,al_c,q_85,enc_auto/be27b3_34c90fbc70034ae6851eca4cb99a9496.jpg)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Saudara Saudari,
1. Minggu ini saya dan rakan-rakan akan menghadapi peperiksaan akhir (Final Exam). Segala persediaan telah dilakukan bagi menghadapi peperiksaan ini.
2. Maka dengan saki baki yang tinggal beberapa hari lagi ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah mendidik saya sepanjang 4 bulan ini.
3. Kepada sahabat saya, terima kasih kerana telah banyak membantu saya dari segi belajar dan hal2 lain.
4.Saya ingin memohon ampun dan maaf jika saya telah melakukan salah dan silap sama ada terlanjur bicara mahupun perbuatan.Moga di halalkan segala ilmu yang dicurahkan. 5. Saya doakan semoga semua berjaya dan moga-moga Allah SWT memperrmudahkan segala urusan dan dipermudahkan menjawab soalan. Amin.
Salam Hormat,
Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi
5 April 2015. Melaka